Image Banner

SAMBUTAN 30 TAHUN AL MUNIR

Debaran makin terasa. Sambutan 30 Tahun Al Munir bakal dilangsungkan pada awal bulan Ogos. Kami menjemput semua Alumni Sekolah Rendah Agama Al Munir & bekas guru untuk bersama dalam majlis. Tidak dilupakan kepada semua orang ramai untuk turut menyumbang dan meraikan bersama.

Hubungi talian yang dikongsikan untuk mendapatkan tiket meja. Bayaran boleh dilaksanakan secara ansuran.

LAGI

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Lensa kenangan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dijalankan pada awal bulan yang lalu.Semoga unit PSS akan menjadi pendorong kepada semua murid untuk menjadi generasi yang rajin membaca.

LAGI

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MAC 2019

1. Proses konkrit bahagian tangga bangunan baru sekolah sedang dijalankan dan peluang untuk melaksanakan wakaf terus dibuka kepada semua orang ramai.

2. Salurkan sumbangan derma atau wakaf berbentuk wang tunai, cek atau melalui atas talian Bank Islam Malaysia Berhad atas nama PEMBANGUNAN AL MUNIR no. akaun 08031010048320 atau terus ke pejabat sekolah.

3. Semoga sumbangan muslimin dan muslimat yang budiman kecil ataupun besar terus mengalir pahalanya sebagai saham di akhirat sana.

LAGI

SLOT KULIAH DHUHA OLEH AL-FADHILAH USTAZAH SITI NABILAH

Slot Kuliah Dhuha pada minggu ini disampaikan oleh al-Fadhilah Ustazah Siti Nabilah berkenaan skop terpenting dalam Surah al-Mau\'un iaitu berkenaan solat. Anak-anak jagalah solat! Sesungguhnya solat itu benteng bagi orang yang beriman.

LAGI

PERJUMPAAN KELAB, PERSATUAN, UNIT UNIFORM DAN PERMAINAN

Lensa Perjumpaan Kelab, Persatuan, Unit Uniform dan Permainan yang berlangsung pada petang tadi. Bakat anak-anak Al Munir terserlah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

LAGI

AMALAN KECIL, NAMUN GANJARANNYA BESAR

Pagi ini sentuhan nurani bersama guru yang cukup berdedikasi iaitu al-Fadhilah Ustazah Sabariah Che Noh berkenaan tajuk \"Amalan Kecil, Namun Ganjarannya Besar\" dalam slot Kuliah Dhuha Mingguan.

LAGI

Image News

Image Banner